Thursday, 30 September 2010

Jauh Tapi Masih Terasa Dekat...

Tiba di White House Apartment hampir tengah hari. Tunggu kunci rumah  setengah jam. Alasan masih belum dibersihkan. Aku sabar menunggu... kami dihidangkan dengan coffee without sugar. Aroma coffeenya ermmm... memang menawan hati. Tambahan pula di luar sana masih hujan renyai-renyai dan angin sepoi-sepoi bahasa berbisik nyaman di telingaku. Namun kekadang aku terasa bisa pabila  angin lembut menyapa dan menjamah kulit sawa matangku. Terasa  ngilu sampai ke tulang hitam.

Perasaanku masih bercampur baur. Dalam fikiranku hanya ingin mendengar suara anak-anakku yang belum 24 jam aku tinggalkan mereka. Rindu ku pada Sabrina... Nadhil... dan Syabil hanya Allah sahaja yang tahu. Hairan mengapa kompleksnya jiwa wanita ini. Aku terasa seperti kanak-kanak riang yang manja tak tentu pasal. Tapi ini bukan perasaan yang dibuat-buat. Inilah aku dari dahulu lagi. Aku yang sentiasa di kelilingi dengan aura kasih dan sayang...

Setelah setengah jam berlalu,kini aku sudah berada di dalam rumah kecilku. Comel dan praktikal. Semuanya lengkap katil, bantal, tilam, tv, bilik air, kitchen, back yard dan yang paling penting sekali line internet. Sepantas kilat aku mendapatkan komputer ribaku. Ya Allah seronoknya. Aku mulai dengan Facebookku kemudian YMku dan akhir sekali Skype. Suamiku pula kini berada di kota London bersama adik iparku Datin Baizura.

Betapa aku bersyukur kepada Mu  Ya Allah, walau jauh  namun aku tetap terasa dekat... panggilan pertama aku dan anak-anak telah menitiskan air mataku... jatuh berderai tanpa diundang. Itulah  aku seorang wanita yang di luarnya begitu kuat bak kata ibu mertuaku sebelum ini 'super woman' namun hati seorang ibu ini begitu rapuh...suara anakku yang gembira tidak menggembirakan diriku langsung. Belum lagi mendengar suara Nani adikku dan emak. Rasa nak men jerit... sekuat guruh di langit... biar semua orang tahu. Keputusanku ini sungguh menyakitkan dan sekiranya aku diberi pilihan untuk balik ke Malaysia sudah pasti ingin ku pulang sepantas hali lintar di langit. Masyaallah ujian dariMu tuhan. Perpisahan sementara inipun aku hampir lumpuh jiwa dan raga.

Adakah aku kalah dengan emosi ini?

Wednesday, 29 September 2010

Anak Rantau Di Benua Inggeris

12hb September 8.00 malam di KLIA, bukan mudah untuk aku meninggalkan anak-anakku. Selama tiga bulan aku tidak bersama mereka. Satu tempoh masa yang agak panjang... Aku tidak pernah berjauhan dengan mereka. Sememangnya aku ketika itu berasakan, mengapa aku pilih untuk pergi... tidak seharusnya aku tinggalkan mereka. Mereka adalah harta dunia dan akhiratku. Walau bagaimanapun, langkah ini perlu aku lakukan. Bukan mudah untuk aku ambil keputusan ini. Suamiku, ayah, emak dan adik-adik banyak memberi sokongan dan dorongan. Aku harap langkah ini merupakan langkah yang tepat untuk aku terus maju ke hadapan. Sepanjang perjalanan fikiran aku bercelaru... hanya Allah sahaja yang tahu.

                    Me and Anak-Anak

12hb September aku tiba di lapangan terbang Glasgow. Suatu perjalanan yang panjang. Sebelas jam dalam perut kapal terbang KLM untuk sampai  Amsterdam.

 Armsterdam airport




Seterusnya aku transit untuk ke Glasgow. Menanti penuh debaran selama empat jam dan kemudian sekali lagi terbang tinggi selama satu jam setengah ke Glasgow airport. Sesampai di sana tiada masalah imigresen kerana semua dokumen sokongan telah cukup untuk membenarkan aku menjejaki tanah Glasgow. Setelah mengambil beg aku menolak troley, dari jauh kelihatan Prof Tony.


Syukur manusia bernama besar ini setia dengan janjinya. Profesor inilah yang memberi aku jalan untuk ke University of Glasgow dan impian Prof. Datin Dr Rahimah Hj Ahmad serta Prof. Dr. Shahril Marzuki menjadi kenyataan. Pertemuan aku dengan tiga hamba Allah ini cukup kukenang. Tanpa mereka mungkin aku tidak berada di sini. Terima kasih Prof. Mana tidaknya Prof. Tony telah berjaya dapatkan tajaan penginapan daripada Universiti of Glasgow.  Terima kasih juga aku ucapkan kepada Prof.Madya. Dr Tie Fatt Hee, beliau meneruskan impian ini dengan mendapatkan persetujuan TNCA. Walaupun, banyak dugaan dan cabaran yang telah kita lalui. Akhirnya Allah mengizinkan aku yang kerdil ini berada di sebuah Universiti terkemuka di United Kingdom.

"Bukan impian Ida ayah... tapi Allah yang mendorong Ida sehingga tahap ini. Anak ayah ini hanya berusaha dan terus berusaha..." Aku juga ingin jadi anak kebanggaan ayah dan emak. Bila aku menjadi guru, aku BANGGA menjadi cikgu. Aku cuba jadi cikgu yang baik dan berketrampilan.

 
Opst! Ini dah keluar tajuk...

Hujan rahmat menerima kami di bumi Glasgow. Sejuk... dingin... basah... dan berangin. Cuaca Glasgow melambangkan emosiku ketika itu. Masih meikirkan adakah aku bersedia untuk hadapi segala yang akan kutempuhi di sini. Prof Tony kelihatan gembira... tetapi agak letih kerana beliau baharu sahaja kembali dari Florida. Selepas ini dia perlu bergegas ke Universiti kerana ada meeting. Aku terus ke tempat penginapanku.



The White House Apartment, Cleveden Crescent. Tenang dan cantik. Very Scottish. Prof  Tony sediakan studio apartment yang comel dan sangat selesa. Menarik! Aku bersyukur kerana Prof Tony amat memahami adab dan budaya seorang muslimah.Bersambung esok...