Me and Anak-Anak
12hb September aku tiba di lapangan terbang Glasgow. Suatu perjalanan yang panjang. Sebelas jam dalam perut kapal terbang KLM untuk sampai Amsterdam.
Armsterdam airport
Seterusnya aku transit untuk ke Glasgow. Menanti penuh debaran selama empat jam dan kemudian sekali lagi terbang tinggi selama satu jam setengah ke Glasgow airport. Sesampai di sana tiada masalah imigresen kerana semua dokumen sokongan telah cukup untuk membenarkan aku menjejaki tanah Glasgow. Setelah mengambil beg aku menolak troley, dari jauh kelihatan Prof Tony.
Syukur manusia bernama besar ini setia dengan janjinya. Profesor inilah yang memberi aku jalan untuk ke University of Glasgow dan impian Prof. Datin Dr Rahimah Hj Ahmad serta Prof. Dr. Shahril Marzuki menjadi kenyataan. Pertemuan aku dengan tiga hamba Allah ini cukup kukenang. Tanpa mereka mungkin aku tidak berada di sini. Terima kasih Prof. Mana tidaknya Prof. Tony telah berjaya dapatkan tajaan penginapan daripada Universiti of Glasgow. Terima kasih juga aku ucapkan kepada Prof.Madya. Dr Tie Fatt Hee, beliau meneruskan impian ini dengan mendapatkan persetujuan TNCA. Walaupun, banyak dugaan dan cabaran yang telah kita lalui. Akhirnya Allah mengizinkan aku yang kerdil ini berada di sebuah Universiti terkemuka di United Kingdom.
"Bukan impian Ida ayah... tapi Allah yang mendorong Ida sehingga tahap ini. Anak ayah ini hanya berusaha dan terus berusaha..." Aku juga ingin jadi anak kebanggaan ayah dan emak. Bila aku menjadi guru, aku BANGGA menjadi cikgu. Aku cuba jadi cikgu yang baik dan berketrampilan.
Opst! Ini dah keluar tajuk...
Hujan rahmat menerima kami di bumi Glasgow. Sejuk... dingin... basah... dan berangin. Cuaca Glasgow melambangkan emosiku ketika itu. Masih meikirkan adakah aku bersedia untuk hadapi segala yang akan kutempuhi di sini. Prof Tony kelihatan gembira... tetapi agak letih kerana beliau baharu sahaja kembali dari Florida. Selepas ini dia perlu bergegas ke Universiti kerana ada meeting. Aku terus ke tempat penginapanku.
The White House Apartment, Cleveden Crescent. Tenang dan cantik. Very Scottish. Prof Tony sediakan studio apartment yang comel dan sangat selesa. Menarik! Aku bersyukur kerana Prof Tony amat memahami adab dan budaya seorang muslimah.Bersambung esok...
salam Dr.Zuraidah...
ReplyDeletewahh besh nye kan blajar kat bumi inggeris...
ape2pn.. semoga sihat selaloo yer DR...
n semoga apa yang dperoleh di sana akn dapat diberikan pada anak didik di malaysia nt..